KUALA LUMPUR: Ketua Whip Parlimen DAP Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.
Beliau berkata masyarakat Madani yang bersatu, yang disifatkan sebagai komponen penting untuk negara terus mencipta kejayaan dan maju, memerlukan kerjasama strategik semua pihak yang merentasi kaum, antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.
"Dalam era globalisasi yang sedang kita alami, persaingan yang sebenar adalah antara syarikat tempatan dengan syarikat asing khususnya badan korporat antarabangsa.
"Oleh yang demikian, bangsa Malaysia perlu bekerjasama dan bukan bersaing sesama sendiri (atau) terjejas dengan pemikiran lapuk yang terbelenggu dengan mentaliti permainan hasil tambah sifar," katanya menerusi kenyataan selepas menghadiri Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024) di Putrajaya hari ini.
Sehubungan itu, Nga bersetuju dengan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bahawa masyarakat Malaysia Madani perlu fokus meningkatkan daya saing syarikat tempatan untuk bersaing di pentas global dan bukan menumpukan perhatian kepada persaingan antara masyarakat Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Nga juga yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggesa semua rakyat Malaysia supaya berusaha mencari peluang bekerjasama berpaksikan kepada prinsip Malaysia Madani untuk mencapai kejayaan bersama.
Semangat kerjasama itu, menurut Nga dapat menjadikan Malaysia kembali disegani dan dihormati di pentas dunia serta menjadi ekonomi ke-30 terbesar dan menduduki tangga ke-12 indeks daya saing dunia menjelang 2030.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024
Nga menggesa semua rakyat Malaysia supaya berusaha mencari peluang bekerjasama berpaksikan kepada prinsip Malaysia Madani untuk mencapai kejayaan bersama. - Gambar fail
Pemulihan luar biasa, Faisal Halim dibenar keluar hospital
Pemain sayap kebangsaan dan juga Selangor FC, Faisal Halim telah dibenarkan keluar dari hospital selepas lebih dua minggu menerima rawatan akibat disimbah asid.
HAWANA: Kuching jadi tumpuan 1,000 pengamal media
Bandar raya Kuching kini menjadi tumpuan kira-kira 1,000 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang mula berkumpul bagi sama-sama memeriahkan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 bermula hari ini.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mudah tewaskan India, mara ke separuh akhir
Malaysia menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir acara berpasukan selepas mengetepikan cabaran India pada aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Orang muda Malaysia perlu lantang bersuara bagi Palestin
Justeru, mengambil contoh langkah dilakukan mahasiswa di Amerika Syarikat, Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin Dr Abdullah Waleed menyeru orang muda di Malaysia melakukan langkah yang sama, menyeru dunia memandang isu pembunuhan beramai-ramai di Gaza, sebagai sebuah krisis kemanusiaan.
Gudang bantuan di Gaza kini kosong
Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin, Dr Abdullah Waleed berkata susulan halangan bantuan memasuki radah, tiada bantuan boleh memasuki bumi Gaza.
Korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 orang
Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 dan 80,293 yang lain cedera menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
AWANI Ringkas: Faisal Halim dibenar pulang hari ini atau esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan bentang RUU Suruhanjaya Gig Julai ini - Anwar
Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang berkaitan Suruhanjaya Gig di Parlimen pada Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang mula beroperasi Jun - Dr Dzulkefly
Sebanyak tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang (PJS), Selangor akan mula beroperasi untuk kegunaan pembedahan elektif dan kecemasan pada bulan hadapan (Jun).
Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga
Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.